Cinta Matang VS Tak Matang.

 

Amboi, kemain tajuk entry kali ni. Aku yang selalu digelar anti-cinta-lelaki atau susah-percaya-lelaki ni memang power sebenarnya bab bagi nasihat cinta kat orang lain. Tapi diri sendiri selalu tewas di persimpangan

Semua orang nak mencintai dan dicintai. Yes, lagi bahagia kalau kita dicintai oleh oleh yang kita cinta. Masa ni dunia rasa kita yang punya, hati terasa berbunga bunga. Biasalah, pagi pagi dah dapat morning text, sebelum tidur dapat ucapan cinta wahh kemain ye korang yang bercinta ni.

Aku bukannya nak anti orang yang bercinta ni heyy kemon ah, bercinta tu normal. Siapa yang dah ada pengalaman bercinta dan putus cinta lagi bagus. Tapi bercinta zaman sekolah/ cinta monyet/cinta tak matang ni selalunya berbeza dengan cinta lepas sekolah/cinta matang (pendapat aku lah)

Berdasarkan pengalaman yang aku kutip daripada kawan aku dan orang sekeliling;

 

Cinta tak matang

  1.  Orang yang belum matang dalam percintaan ni, dia akan couple on off. Kejap couple then dua tiga hari putus. Pastu esok couple. Lusa putus haa sampai tua pun tak habis. (orang sekeliling pun confuse)
  2. Hiperbola sungguh!
    “Lautan api sanggup I renangi”
    “Cinta I untuk you setinggi KLCC” Habis kalau KLCC tu roboh, habislah cinta kau untuk dia
  3. Tak sedia nak bawa pasangan jumpa parents kita
  4. Cemburu tak bertempat. Kalau boleh kau nak 24 jam berkepit dengan pasangan.
  5. Kalau rancang pasal kahwin pun, rancangan tu tak kemana. Sekadar omongan kosong gitu

Selalunya cinta tak matang ni hanya berlaku pada zaman persekolahan, orang kata usia masih setahun jagung. Pengalaman pun belum banyak. Kita rasa pasangan kita tu lah merupakan love till jannah puih.

Cinta matang

  1. Akan pertahankan hubungan tu walaupun ujian seteruk ribut taufan tsunami  mengganas.
  2. Berbincang dengan baik kalau ada masalah/ tak puas hati.
  3. Terima kekurangan dan kelebihan pasangan dengan hati terbuka.
  4. Sentiasa nasihat menasihati pasangan, motivate pasangan.
  5. Fahami kehendak pasangan.
    – Kalau gf/bf busy dengan kerja or study, kita tak merungut. Tapi kalau busy memanjang sampai tak ada masa untuk kita, awas! Pasangan anda mungkin dah tak berminat dgn anda kuikui
    – Kalau boyfriend kita tengok bola, kita tak halang. Lagi bagus kalau si girlfriend support team boyfriend.
  6. Cemburu sekadar perlu. Sebab kita percaya pasangan kita
  7. Dah bawa jumpa parents. Jangan kata parents, atok, nenek, paklong, pakngah, pakcu, pak teh, mak long, mak ngah haa ambik semua aku senarai -.-
  8. Fikir masa depan. Dah rancang untuk kahwin, berusaha kumpul duit untuk masa depan. Dah ikat tali pertunangan.

Tapi biasalah, tak ada manusia yang lahir je terus matang. Pasti kita akan lalui cinta tak matang sebelum kita jadi matang. Pengalaman kan mematangkan seseorang. InsyaAllah kalau kita dah jumpa orang yang sesuai untuk kita, yang boleh terima kekurangan kelebihan kita, terus nikah dengan dia hehehe

Biasanya, bila orang dah umur 17 tahun ke atas ni, diaorang takkan main main dalam soal cinta dan hati. Diaorang akan lebih serious (mungkin?)

Dan aku decide setiap hari Isnin dan Khamis, aku akan post satu entry berkaitan cinta wah Doktor Cinta katonyaaa

Fi Hifzillah.

 

Sumber : Insekio