Pengaruh The Evil Eye Pada Anak! Mak Ayah Mesti Baca

Ada sorang anak doktor ni suka sangat demam tanpa sebab. Periksa darah pun sudah. Bagi antibiotik pun sudah tapi demamnya datang dan pergi berkali kali tanpa sebab yang jelas.

Saya perasan yang si emaknya suka sangat upload gambar anaknya yang masih kecil tu di media sosial. Anaknya pulak comel dan gebu. Lagi la ramai yang puji si anak tu. Comel la. Kiut la. Montel la. Semua orang puji!

Kalau memang dah periksa tapi tak jumpa penyebabnya, ada kemungkinan besar si anak tu dah kena pengaruh The Evil Eye atau biasa kita sebut sebagai penyakit ‘Ain!

Tak suka upload pun boleh kena penyakit ‘Ain ke?

Boleh. Pujian daripada keluarga terdekat sendiri pun boleh jadi penyebab penyakit ‘Ain ni. Sebab tu kita kena ajar keluarga kita untuk selitkan perkataan ‘Allah’ setiap kali kita puji anak-anak.

Ya Allah. Solehnya anak ummi.
Ya Allah. Comelnya baby ni.
Allah, kiut sungguh baby ni.
MasyaAllah comel sungguh baby awak ni.
Geramnya dengan baby comel bambam ni Ya Allahhhhh!!

Eh Ada ke doktor percaya penyakit ‘Ain ni?

Kalau doktor tu Muslim InsyaAllah dia akan percaya sebab hadis tentang penyakit ‘Ain ni hadis sahih. Yang penting jangan la tiba-tiba je nak tuduh anak kita kena penyakit ‘Ain dulu.

Sebaiknya pergi periksa dulu. Jaga makanan dia, jaga jadual vaksin dia dan jaga persekitaran dia dulu. Bukan tak bagi langsung upload gambar anak tapi berpada-pada tu lebih selamat dan menenangkan.

p/s : Saya baru je dapat anak saudara yang baru ni. Tu yang saya terdetik nak kongsi ilmu tentang penyakit ‘Ain ni pada anda semua. Tolong sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye.

Sumber : Taufiq Razif