Tinggal Sendiri Atau Bersama Mertua? Ini Adalah Penjelasan Mengenai Dilema Pasangan Berkahwin.

Lumrah Berumahtangga. Antara yang pasti akan dibincangkan berulangkali adalah tempat tinggal selepas nikah. Rumah sendiri atau rumah mertua. Acap kali juga perkara ini menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan kita.

Bukan mudah nak mencapai kata sepakat dalam kehidupan berumahtangga, jika tiada persefahaman dan toleransi, masalah lain pula yang akan timbul. Sebagai contoh, perkara yang sering menjadi isu antara suami dan isteri adalah samaada mahu tinggal sendiri atau tinggal bersama mertua.

Ada yang berpendapat wajib tinggal berasingan untuk elak konflik antara isteri dan mertua, namun ada juga yang berpendapat sebaliknya. Jom baca ulasan lanjut daripada ustaz ini berkenaan isu ini. Hmmm dilema juga ni.

 

Jangan Drastik, sabor dulu.

Tak kena mesej begitu. Tak detail. Dan ambillah pandangan ulama, bukan pandangan logik akal dengan kes-kes negatif yang telah berlaku sebelum ini, menghukumkan ianya akan sama dengan mertua kita. Dok betul pegangan gitu.

Suami hanya wajib mengasingkan isteri apabila berlaku perselisihan faham diantara ipar dan mertua saja. Bukan terus asingkan.

Suami hanya wajib mengasingkan isteri apabila berlaku perselisihan faham diantara ipar dan mertua saja. Bukan terus asingkan.

Sebenarnya banyak manfaat daripada mudhorat bila dekat dengan mertua. Bukan org lain pun, taraf ibu. Bukan semua mertua macam cerita “ibu mertuaku”.

Si isteri dapat belajar sedikit sebanyak perangai suaminya dan kegemaran suaminya daripada ibu mertuanya. Dan harus diingat, ibu kepada suami masih ditempat utama daripada isteri dalam tanggungjawab suami, sebagai kebajikan anak lelaki. Isteri ditempat kelima dlm turutan tanggungjawab suami dalam islam.

Ibu kandung
Bapa kandung
Ibu mertua
Bapa mertua
Isteri
Anak-anak

Namun isteri wajib meletakkan suaminya no.1 dalam kewajipan tanggungjawab dan kebajikannya.

Suami
Anak-anak
Ibu kandung
Bapa kandung
Ibu mertu
Bapa mertua

Bagi mertua yang keseorangan dan uzur, haram bagi anak dan menantunya meninggalkannya demi kepentingan sendiri kerana hilang berkat ibu pada anaknya.

 

Redha Allah terletak pada redha ibu. Jika ibu mati, ibu mertualah seterusnya

Redha Allah terletak pada redha ibu. Jika ibu mati, ibu mertualah seterusnya. Jika tiada masalah, tak usah asingkan terus. Jagan sombong menerima teguran atau sindiran mertua kerana dia menegur seperti menegur anaknya, bahkan anak sendiri lagi teruk kena tegur, tp tak pernah meninggalkan ibunya. Dia ibu, berhak menegur jika ada salah.

Maka ulama berpendapat, jika teguran atau sindiran yang sengaja membawa perbalahan, maka barulah wajib suami mengasingkan isterinya. Kena teliti satu persatu. Bukan drastik. Tak semua mereka baru berkahwin punyai penuh ilmu rumah tangga. Maka ibu bapalah pendorong ilmu.

 

Perkara wajib diambil kira. Ada tandas yang suku utk isteri antara yang kena jaga. Ada ruang untuk isteri membuka auratnya.

Tambahan tertinggal:

Soalan,
Adakah terlepas nafkah suami menyediakan tempat tinggal kepada isteri yg tinggal bersama mertua?

Jawapan,
Dengan teliti ulama menjawab dan dinaqalkan dalam satu kuliah. Pertama sekali kena tanya isteri, adakah dia selesa tinggal dirumah mertua dan tiada masalah dalam menjaga auratnya? Jika selesa maka terlepas nafkah tempat tinggal.

Jika isteri berbalah dengan ipar atau mertua, maka tidak terlepas nafkah tempat tinggal dan wajib diasingkan.

Dan apabila tinggal bersama mertua, beberapa perkara wajib diambil kira. Ada tandas yang suku utk isteri antara yang kena jaga. Ada ruang untuk isteri membuka auratnya.

Setengah pendapat mengatakan aurat kaki dimaafkan jika ada ipar tinggal serumah. Maka, mereka yang dalam kepayahan menyediakan tempat tinggal yg melibatkan kewangan yg besar, mendapat manfaat daripada perkara-perkara yang disediakan hukum dengan syarat mentaati segala yang ditetapkan syarak.

##Ulama menjawab untuk kemudahan orang awam. Nak ikut silakan tak nak, tak mengapa. Sebagai contoh, Rasulullah tidak melarang para sahabat memakan Dhab, tapi baginda tidak makan Dhab. Nak makan silakan, tak makan pun tak apa. Sama seperti tinggal bersama mertua. Nak duduk sekali boleh, tapi jagalah perkara-perkara yang sensitif. Nak duk asing pun boleh tak mengapa.

Jawapan untuk kemudahan org ramai.

Sumber : Muhammad Naim Sulaiman via OhBulan