Suami Perlu Paham, Membebel Adalah Terapi Jiwa Seorang Wanita

Wanita cukup sinonim dengan perkataan ‘membebel’. Dan apabila disebutkan sahaja perkataan ini ramai lelaki menggeleng kepada seolah sangat memahami apa maksud disebalik perkataan membebel itu.

Tidak ramai para suami yang gemar mendengar isterinya bercerita/membebel. Bila kita berumahtangga maka para suami lah yang menjadi tempat utama untuk bercerita, berkongsi masalah, pandangan dan lain-lain. Kalau bukan suami siapa lagi kan?

Jadilah pendengar yang setia kepada isteri kita bila bercerita atau membebel. Kenapa?

Kerana berbicara dengan pasangan adalah satu bentuk terapi jiwa. Menurut Doktor Taufiq Razif, jika isteri mula bercerita/membebel, beri peluang dan fokus pada apa yang diluahkannya kerana itu akan membuatkan mereka rasa lebih lega. Hasilnya? Semoga bermanfaat.

 

 

Isteri balik je kerja saya akan matikan segala jenis bunyi bunyian cd ataupun radio dan saya akan fokus 100% apa yang akan berlaku nanti.

Seperti yang dijangka, bila isteri masuk je kat dalam kereta, dia akan mula bercerita…

Ya Allah abang, banyak nya la pesakit harini. Tak berhenti yang datang! Nak makan pun tak sempat ni bang walaupun dah pukul 5 petang. Ada pesakit yang datang nak suruh kita rawat dia tapi alih-alih dia ceramah kita balik. Ada juga yang baik. Suka bagi makanan.

Belum campur dengan penyakit budak yang muda muda dah kena kencing manis. Bila ditanya rupanya mak dia suka bagi minum air gas masa kecik-kecik. Tepuk dahi bang!

Pastu kan bang…
bla..bla..
Pastu kan..
bla bla bla..

Cerita ni akan berterusan sampai la wajah dia yang berkerut kepenatan tadi perlahan-perlahan menjadi tenang dan riang. Ye, saya cuma diam, senyum dan membuat anggukan kecil. Saya bahagia mendengar bebelan dan cerita bidadari saya yang kepenatan sebab walaupun benda tu nampak simple je tapi benda tu la sebenarnya terapi jiwa untuk seorang wanita.

Wanita tak sama macam lelaki. Lelaki berehat dengan berdiam diri di suatu sudut, minum teh panas bersama kopi dan suratkhabar.

Wanita ni istimewa. Mereka berehat dengan berkongsi dan meluahkan beban jiwa yang menekan dada mereka kepada orang yang dia percaya. Percayalah, hanya dengan mendengar sebenarnya kita dah membantu isteri kita untuk mendapatkan kebahagiaan terbesarnya dan percayalah isteri yang bahagia akan membuatkan rumahtangga jadi lebih bersinar dan bercahaya dan anak-anak pun jadi lebih tenang dan mendengar kata.

 

Sumber

Taufiq Razif,
Suami Bertelinga Besi

via The Reporter