Tiada Lagi Selfie! Terkini Kerajaan Saudi Mengharamkan Selfie Di Masjidil Haram Dan Al Nabawi

Rukun Islam lima perkara dan menunaikan haji ialah salah satu daripadanya. Umat Islam digalakkan melakukan ibadah ini sekali seumur hidup. Sejak kebelakangan ini melakukan umrah juga semakin popular dan berlaku fenomena baru mengambil selfie di tempat-tempat suci seperti Raudhah dan Kaabah.

Larangan Bermula Sejak 15 November

Menurut sumber, larangan ini telah berkuatkuasa pada 15 November yang lalu dan pada mereka yang ingin merakamkan gambar kenangan pasti berasa sedih. Mungkin ada benarnya, kerana jika diperhatikan mereka yang mengerjakan umrah kerap memuat naik gambar selfie mereka di laman sosial.

Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan arahan larangan ini bagi mengurangkan gangguan umat beribadah dan mengekalkan imej suci kedua-dua masjid utama penganut Islam ini. Sejak peranti pintar digunakan secara meluas, ramai berkongsi foto kenang-kenangan sebagai peringatan. Tetapi ia menyebabkan gangguan dan halangan kepada umat yang cuba melakukan ibadah dengan tenang.

Tindakan ini mungkin mendatangkan kesedihan bagi mereka yang hanya mahu mengambil gambar kenang-kenangan. Namun harus diakui imej suci Kaabah sedikit tercalar dengan gambar selfie yang amat kerap dimuat naik ke media sosial seakan-akan menjadikannya sebuah destinasi pelancongan bukannya destinasi ibadah.

SUMBER RUJUKAN: THE STAR

Kredit : Amanz.my