Basic Solat Berjemaah yang sebenarnya ramai masih tak tahu. Sebarkan

Basic Solat Berjemaah yang sebenarnya ramai masih tak tahu

 

Kalau Imam bangun (terlebih rakaat), jangan ikut. Sapa ikut batal solat. Bilangan rakaat solat dah tetap tak boleh tambah dengan sengaja melainkan terlupa.

Image may contain: text

Kalau Imam lupa tahiyat awal dan terus berdiri, kena ikut. Jangan pandai2 suruh Imam duduk semula. Kalau imam duduk, batal solat dia (Mazhab Syafie).

 

Nak cerita sikit pengalaman sebenar :

Ada solat kat satu masjid baru-baru ini, Imam terlupa duduk tahiyat awal. Beliau terus berdiri tegak. Kemudian punyalah ramai jemaah belakangnya tegur ‘Subhanallah’ (sambil duduk tahiyat awal). Aku yang dah berdiri ni harap sangat janganlah Imam pergi duduk semula. Tiba-tiba Imam turun pergi duduk balik. Terpaksa Mufarraqah (berpisah dari imam).

Image may contain: text

Ketika Solat Asar kat masjid kampung sendiri tahun lepas. Imam terus berdiri selepas rakaat ke-4. Ramai yang ikut berdiri sedangkan mereka tahu itu dah masuk rakaat ke-5. Imam tu sah solat sebab dia terlupa. Tapi makmum yang ikut dengan tahu/sedar, semua batal solat. Takde solat Asar 5 rakaat. Kita ada 2 pilihan, Mufaraqah (berpisah dari imam dan terus bagi salam) atau tunggu Imam kat Tahiyat akhir dan bagi salam bersama-sama.

Image may contain: text

Sebab tu dalam hadis ada sebut, orang yang belakang Imam tu kena yang paling baik ilmu agamanya. Supaya tahu nak buat apa untuk gantikan Imam bila diperlukan.

Ini adalah ilmu yang kita semua kena belajar lebih dari ilmu lain. Belajar solat ni tak sampai setengah haripun. Tapi ilmu tu kekal sampai kita mati.

No automatic alt text available.

Wallahua’lam.

Sumber Acaii Jawe