Subhanallah!! Ini lah Amalan Yang Diterima Allah Walaupun Riak. Jom Amalkan

Di dalam Islam setiap amalan anak Adam tergantung antara diterima atau tidak. Jika riak maka akan ditolak oleh Allah SWT. Jika tidak riak barulah diterima oleh Allah SWT.  Namun disana terselit satu amalan yang jika dilakukan dalam keadaan riak sekali pun tetap akan diterima oleh Allah SWT. Apakah amalan tersebut?

Berikut adalah petikan daripada kuliah Ustaz Nazrul Nasir,

“…Ulama’ – Ulama’ sebut, pada waktu ketika akhir zaman ini, ketika tidak adanya murabbi yang memimpin kita, maka selawat kepada Nabi Sallallahu Alayhi Wa Alihi Wasallam itu lah pemimpin kita.

Orang yang banyak berselawat kepada Nabi Sallallahu Alayhi Wa Alihi Wasallam, InsyaAllah tidak akan disesatkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.

Dan ada banyak amalan yang kita lakukan tertanggung antara riak dan tidak riak. Kalau riak ditolak terus oleh Allah SWT. Jika tidak riak barulah diterima oleh Allah SWT. Tapi ada satu amalan, jika riak sekali pun diterima oleh Allah SWT.

Kata Imam al-Fasi dalam syarahnya dalam Dalail al-Khairat.

Apa dia amalan tersebut?

Berselawat kepada Nabi ‘Sallallahu Alayhi Wa Alihi Wasallam.

Selawat kepada Nabi kata ulama’ , riak pun tidak ditolak oleh Allah.

Besar pahala selawat kepada Nabi
Jangan tinggalkan selawat, banyakkan menyebut selawat ke atas Nabi ‘Sallallahu Alayhi Wa Alihi Wasallam…”

Mengapa selawat tetap diterima ALLAH walau terselit perasaan riya di dalamnya?
Bukankah riak itu syirik kecil?

“Amalan selawat diterima walau terselit sifat riya dan sum’ah di dlmnya sebagai satu keistimewaan dan keagungan amalan selawat. Kerana dalam selawat ada cinta kepada kekasih Allah, iaitu Rasulluah ‘Sallallahu Alayhi Wa Alihi .Tidak mengapa untuk mempamerkan cinta.
Jika seseorang itu dipuji kerana selawatnya, maka memang layak orang itu dipuji. Kerana pujian itu akan kembali kepada Rasulluah ‘Sallallahu Alayhi Wa Alihi jua”

Tambahan :
Selawat ke atas Nabi saw diterima daripadamu dalam apa pun jua keadaan sehingga walaupun kamu telah melakukan maksiat. Maka perbanyakkanlah selawat supaya selawatmu itu menjadi sebab yang memberi kekuatan kepadamu untuk meninggalkan maksiat dan untuk diterima taubatmu – Sheikh Dr Ali Jum’ah.

 

Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam.

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah.

Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9.Mendapat syafaat daripada Rasulullah.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20 Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapannya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wassalam
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah di dalam jiwanya.
41. Diikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup di dunia dan akhirat.

Oh My Dakwah – Like It, Share It