(Vedio) Mengejutkan!! Tanda-Tanda Kiamat Yang Jelas Kelihatan Seperti Di Jelaskan Di dalam Hadis

Beriman kepada hari akhir iaitu hari kiamat merupakan salah satu rukun iman dan merupakan bagian paling utama dari beberapa bagian akidah. Bahkan, merupakan unsur terpenting setelah keimanan kepada Allah swt.

Hari akhir atau hari kiamat adalah hari berakhir dan hancurnya alam semesta. Segala yang masih hidup akan mati, langit dan bumi akan diganti, bukan lagi langit dan bumi yang seperti sekarang.

Adapun mengenai waktu terjadinya kiamat itu, tidak ada seorang pun yang mengetahuinya, kecuali Allah. Allah swt. berfirman dalam Al-Qur’an yang artinya : “Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui“. (QS. Al-A’raf : 187).

Tiada satu makhluk Allah pun yang mengetahui waktu datangnya hari kiamat, bahkan nabi atau malaikat yang paling dekat dengan Allah sekalipun. Hanya Al­lah yang mengetahui datangnya hari kiamat.

Meskipun demikian, Allah swt. memberitahukan kepada kita melalui Rasulullah ﷺ. mengenai tanda-tanda dekatnya hari kiamat. Allah sengaja merahasiakan waktu tibanya hari kiamat karena adanya hikmah syariat. klaksudnya adalah agar manusia lebih memperhatikan ketaatan terhadap Allah dan lebih menghindari diri dari perbuatan maksiat.

https://pbs.twimg.com/media/BqpPPB9CQAAdREC.jpg

TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN JELAS TELAH DAN SEDANG BERLAKU

Tanda-tanda jelas akhir zaman yang telah disebutkan oleh Baginda RasūluLlāh ﷺ, dan banyak tanda-tanda tersebut seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud radhiyallāhu ‘anhu; ‘يكون الولد غيظاً’, iaitu kanak-kanak menjadi bengis, ‘وأن يكون المطر قيظاً’, iaitu hujan menjadi berasid, ‘وأن يفيض الأشرار فيضاً’, iaitu orang-orang jahat semakin ramai, Wahai Ibn Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu, ‘أن يؤتمن الخائن، وأن يخون الأمين’, iaitu Pendusta disebut jujur, sedangkan orang jujur disebut pendusta, ‘وأن يصدّق الكاذب وأن يكذب الصادق’, iaitu Pengkhianat diberi kepercayaan, Orang yang dipercayai pula disebut pengkhianat, Wahai Ibn Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu, ‘أن تواصل الأطباق’, Pinggan/piring saling berhubungan secara terus menerus (piring astro@parabola), ‘وأن تقاطع الأرحام’, Silaturrahim semakin terputus.

Inilah mu’jizat Nabi ﷺ yang sangat jelas. Kata Baginda ﷺ ‘أن تواصل الأطباق’, pinggan/piring saling berhubungan secara terus menerus, dan Rasulullah ﷺ menggunakan istilah yang memang digunakan dalam komunikasi satelit iaitu ‘muwasalat’ dan silaturrahim semakin terputus, dengan lain perkataan orang-orang akan duduk di rumah menonton TV dari piring satelit dan tidak lagi memperdulikan jiran-jiran mereka.

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu kamu akan melihat orang-orang munafiqun memerintah, Pasar dikuasai oleh orang-orang yang paling rosak. Wahai Ibn Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu, Masjid dihias dengan cantik, sedangkan hati-hati itu rosak, iaitu orang bersolat di masjid-masjid yang cantik tapi sepi dari tazkiyah (peringatan). Wahai Ibn Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu Seorang mu’min dari satu suku adalah lebih hina dari kambing yang hodoh (ya’ni tidak bermakna langsung), Wahai Ibn Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu ‘أن يكتفي الرجال بالرجال، والنساء بالنساء’, Seorang laki-laki cukup dengan laki-laki dan wanita cukup dengan wanita (homoseksualiti), Orang-orang muda meraih kemewahan, (sebagai contoh mark zuckerberg menjadi multi billionaire sebelum umur 30 tahun), dan kamu akan lihat pergerakan-pergerakan mengkorupsi wanita, Wahai Ibn Mas’ud, diantara tanda hari Kiamat itu; Kamu melihat para perosak dunia dimakmurkan, sedang pemakmur tamadun dunia yang sebenarnya dirosakkan. Wahai Ibn Mas’ud, diantara tanda hari Kiamat itu bahawa tersebar luasnya akan peralatan muzik, (Dalam hadits yang lain) bahawa alat-alat muzik akan berada pada kepala-kepala mereka.

Bagaimana Baginda Rasulullah ﷺ boleh tahu mengenainya? Itulah yang dinyatakan Baginda ﷺ dan bukan diada-adakan, ‘على رؤوسهم بالمعازف’, Bahawa alat-alat muzik akan berada pada kepala-kepala mereka, Tiada siapa yang mungkin memahaminya ketika itu, tapi sekarang kita melihat mereka berada di mana-mana saja, Baginda menyebut lagi, Dan akan dilihat banyaknya polis/anggota keselamatan, Banyaknya akan para pencela dan pengolok-olok (dalam tv, radio, youtube & internet), Wahai Ibn Mas’ud, diantara tanda hari Kiamat itu, ‘أن يكثر أولاد الزنا’, iaitu akan dilihat begitu ramainya anak-anak luar nikah, (Dalam hadits yang lain) ‘تعرض الفتن على القلوب كالحصير’, Bahawa Fitnah itu akan dipaparkan pada hati-hati manusia bagai tikar yang dianyam, sulam menyulam antaranya tegak dan mendatar, dan inilah fitnah yang diisyaratkan Baginda ﷺ pada set televisyen. Dan begitulah caranya syaitan merosakkan hati-hati manusia.

Berikut adalah  video Sheikh Hamza Yusoff dalam menyebut Hadits Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA tentang apa yang akan terjadi di akhir zaman dan ia benar terjadi.

Akhir Zaman. Benarlah segala kata- Kata mu Ya SAyyidi

Posted by Pencinta Rasulullah(saw) on Monday, May 25, 2015