10 Kesalahan Keibubapaan Yang Kita Harus Dielakkan

Ramai dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai pengalaman dalam menghadapai dan menangani keadaan yang kurang menyenangkan melibatkan karekter dan personaliti  anak-anak yang mula berubah apabila meningkat dewasa. Namun di sana ramai ibu bapa yang tidak mengetahui punca utama permasalahan ini .

Kami di Bright Side telah menemui beberapa jawapan untuk permasalahan ini, dan berharap ibu bapa dapat mempelajari sesuatu daripadanya.

Jika anak anda adalah seorang yang perahsia dan kurang mempercayai, Ia mungkin disebabkan anda yang berlebihan dalam memarahi.

Jika anak anda adalah seorang yang sangat pemalu dan ragu-ragu, mungkin itu kerana anda mencuba untuk membantunya  pada perkara-perkara yang dia boleh menyelesaikannya sendiri tanpa bantuan anda.

Jika anda telah membeli semuanya yang dia inginkan, tetapi dia selalu mengambil permainan orang lain, itu bermaksud anda tidak memberi kepadanya hak untuk memilih.

Jika anak anda sering menunjukkan sifat iri hati dan cemburu ia mungkin kerana anda sering membandingnya dengan orang lain.

Jika anak menjadi kurang ajar, ia mungkin kerana mereka mengikuti contoh perlakuan daripada ibu bapa dan ahli keluraga yang lain.

Jika anak seorang yang cepat marah dan panas baran, ia mungkin disebabkan kurangya perhatian. Dia hanya tidak tahu bagaimana untuk anda menyedarinya.

Jika anak ada berbohong/menipu anda, ia mungkin kerana anda bertindak terlalu keras/kasar kepada mereka atas kesalahan sebelumnya.

Jika anak anda tidak menghormati orang lain, ia mungkin kerana anda katakan padanya apa yang harus  dilakukan tanpa mengakui perasaannya.

Jika anak anda tidak boleh berdikari untuk diri mereka sendiri dalam situasi yang sukar, ia mungkin kerana anda memarahinya di hadapan orang lain. Ada tidak sepatutnya melakukannya walaupun di depan anak-anak yang lain.

Inilah sebab mengapanya sangat penting untuk anda mengenalpasti keunikkan/kelebihan mereka dan mengetahui apa yang mereka minat/suka/harapkan.

Sumer : Bright Side