Sepupu Ipar

Sepupu Ipar

Tq admin sebab siarkan confession ni. Btw, aku bukan student Uia. Saje nak share kat sini memandangkan page ni readers nye lebih matured dan komen pun membina.kahs
.

Aku ni umur dah nak masuk 30an dan masih belum berkahwin. Confession ni nak cerita pasal sepupu ipar aku. Aku gelarkan dia A.

.
Ok, sepupu aku dan A dah hampir 3tahun bernikah. Jujur, aku pelik, kenapa sepupu aku suka sgt dgn A ni. Orangnya pendek, berisi cuma berkulit cerah sikit. Bg aku, A ni bukan dlm kategori cantik, sebab aku ada ramai kawan perempuan yg lagi cantik lawa flawless tu.haha. Sepupu aku ni pula handsome, anak orang kaya, lulusan luar negara, income masyuk, berakhlak dan bg aku, sgt tak sesuai dgn isteri yg nampak kampung2 dan tak cantik ni.
.

Lepas tu, si A ni susah nak pregnant. Sepupu aku ada gak ngadu, dia nikah awal sebab nak ada anak awal tp Allah uji dia mcm ni. Aku pun bertambah la tak suka dgn A. Dah la tak cantik, tak subur pulak tu! Aku pula ada cucuk2 dia suruh cari je perempuan lain. Yg dah habis belajar (memandangkan si A blum habis study), yg cantik dan mampu melahirkan zuriat.
.

Raya baru ni..aku beraya rumah sepupu aku ni masa open house rumah dia. Mase ni aku sempat borak dgn adik sepupu aku yang lelaki. Byk topik yg dibualkan antaranya Aku korek la sikit perihal abg dia dgn si A. Kenapa abg dia setia sgt dgn A.
.

Ok rupanya, A ni adalah menantu kesayangan parent dia. Aku terkejut. Adik sepupu aku ni mula la cerita perihal kakak ipar dia dari A sampai Z yg mana bg aku setiap perempuan perlu contohi.
Masa awal merisik dulu, parent dorang tak ada la berkenan sgt tp dah sepupu aku suka dorang teruskan je perkahwinan tu.
.

Adik sepupu aku cerita, A ni dah tawan hati parent dia sejak hari pertama kenduri sambut menantu lg. Bayangkan, masa hari kenduri tu, dia seharian layan tetamu yg dtg, bukan bg excuse nak rehat2 kat bilik atau duduk2 atas pelamin. Bukan jenis nak photoshoot lebih2 mengada ngada even tetamu ramai yg nak jumpa. Mmg style hormat tetamu. Then, esok pagi nya, bgn pagi, breakfast dah siap! Bila ditanya, maid kata menantu baru yg masak. Dan bab masakan mmg terbaik, semua makanan yg dia masak sedap gile kata sepupu aku. Siap dia hafal makanan feberet setiap adik beradik ipar dia. Dlm hati aku ‘oh, wow!’.

.
Bila dlm family gathering, dia paling pendiam berbanding menantu lain. Tp aku perhati, bila org bercerita, dia focus, angguk2 dan senyuman tak lekang. Yes, walaupun pendiam tp nampak tak sombong.
.

dorang ni mmg pasangan yg living together dgn parent. Kiranya si A ni duduk dgn mertua. Korang jgn kecam dorang kenapa tak duduk rumah sendiri pulak. Rumah sepupu aku ni besar weh, bilik pun dah macam sebuah rumah so even duduk rumah mertua pun still ada ruang freedom sendiri la bg aku.

.
Lagi sepupu aku cerita, si A ni amat tinggi common sense dia. Bila anak buah tumpahkan makanan, dia cepat cepat tlg bersihkan. Bila parent turun nak makan, dia ready siap2 meja tempat parent duduk. Bila ada krisis keluarga, dia bukan tukang cucuk tp tukang tenangkan atau tak masuk campur. Bab jaga suami, mmg tip top, pakaian suami mmg tersusun kemas dalam almari. Mmg berbeza masa zaman bujang bersepah situ sini. Bila sepupu aku nak pegi keje, siap hantar salam depan pintu kereta. Mana ada kakak ipar lain buat ni semua.

.
Bila ada open house or kenduri, dia org pertama yg turun pg2 siapkan apa yg patut sekali dgn maid. Yes, aku ada gak perasan setiap kali aku pegi rumah sepupu aku ni, mesti dia ada di perkarangan rumah utk layan tetamu, layan family aku makan. Berbanding menantu lain yg sibuk buat hal sendiri dgn anak anak masing masing. Bygkan, dia yg baru sebulan nikah dah kenal semua sedara mara belah mertua, kdg2 sepupu aku cakap, kak ipar dia lebih kenal ni sape, tu sape berbanding dia sendiri. Yeah, mula2 sepupu aku kata, yala.. maybe sebab belum ada anak so, boleh macam tu. tp Nope! Dah ada anak dah pun skrg, after 3 years, still tip top! Bab jaga anak pun sama, yg ni aku tgk sendiri.. setiap kali dia tgh tukar lampin anak dia sembang dgn baby dia sambil nyanyi song apa tah dia reka sendiri tp berunsurkan selawat dan doa yg baik2. Yg aku tahu, ada doa syifa’ sekali. Anak dia pula bila aku dukung sentiasa bau fresh takdela hanyir dgn hingus dan hancing mcm baby lain.. so nampak kat situ sgt concern pasal kebersihan. Anak dia pun behave je.

.
Satu lg, bila adik sepupu aku tersilap bicara dgn parent. Dia akan personal message adik ipar dia, nasihat jgn derhaka dgn parent dan sentiasa bg semangat utk jadi anak yg baik.

.
Si A ni, walau nampak kampung dan lembik. Rupanya kat uni dia dulu sgt aktif, jadi presiden, naqibah usrah, debater, dan antara top student di fakulti dia. Pastu yg aku terkejut, sepupu aku kata dia pandai tukar tayar kereta sendiri beb! Terkedu aku yg tak berapa nak pandai. Driving pun power, boleh drive BMW 180-200kmh balik kg. Aku tak kata driving laju tu bagus, tp nampak disitu dia perempuan power haha. Boleh gilir2 drive bila travel, takdela suami drive sorang2.
.

Abg sepupu aku ni pun, mmg syg giler kat isteri dia si A ni. Dorg ni bukan asyik bahagia je memanjang, tetap ada pasang surut nye juga dlm rumah tangga. Tp sepupu aku cakap, dia lebih kerap mengalah dan cuba sentiasa say sorry sentiasa dekat wife dia. Kena pandai kawal ego bila dgn isteri. Kerap ungkapkan syg bila bersama.
Yelaahhh, dua dua nye berakhlak baik. Sentiasa bertolak ansur. Isteri pula, penyejuk rumah tangga. Bukan asyik mengamuk, kuat membebel, meminta minta, tak hormat keluarga mertua dan sebagainya.
.

Ha, aku ada jugak tanya sepupu aku ni mcm mana dia boleh decide nak kahwin dgn A ni dulu walau A ni bukanlah cantik mana. Kenal pun tak, makcik yg kenenkan. Sepupu kata, dia tertarik dgn kesederhanaan A dan akhlak A. Hari merisik dan bertunang, A tak make up tebal2, dan baju blink2. Yg penting, pakai sarung kaki!. Haha specific gile sepupu aku tgk. maknanya sgt menjaga aurat. Sepupu aku kata, kalau aurat sendiri pun tak tau jaga, macam mana nak jaga rumah tangga nanti. Padu beb! Pastu, masa tempoh bertunang tak pernah nak bergayut telefon, just whatsapp kenal kenal dan bincang preparation nikah. Tp reply whatsapp mmg ontime lah! Nak tunjuk kesungguhan nak kawin tu.Haha. Byk tips aku dapat.

Skrg, aku pandang si A dgn versi berbeza drpd dulu. Kalau dulu, aku tgk dia tak cantik dan kolot, sekarang, bg aku dia perempuan power. Kalau dulu, aku suruh sepupu aku nikah lain, skrg, aku nak cari wife bercirikan si A ni.
.

Aku nak pesan, jgn cari pasangan berdasarkan kecantikan semata. Doakan aku dipercepatkan jodoh guys! Dan jd lelaki yg Berakhlak

Sumeber : Ketupat

Via : IIUM Confessions