yang bernama perempuan, sila baca.

Assalamualaikum admin, hope admin approve ye. Penat type ni haa.

Ok ni aku nak bagi nasihat sikit untuk sapa2 yang tak kawin lagi. Tapi aku khususkan untuk ompuan yer.

Wahai adik2 kakak2 yang tak kawin lagi,
Tugas hangpa banyak lagi tau lagi2 tengah dok jiwa muda ni. Kalau umo dah cecah 21, hangpa sepatutnya dah kena faham tanggungjawab hangpa as perempuan.

1. Bukannya dok perabis masa dengan kawan2 pegi food hunting, lepak2, habiskan duit yang korang dpt dri review insta atau jdi modelling, semata2.

2. Sepatutnya time ni kalau kat u hangpa improvekan skill kerja rumah. Bukan apa tau, benda ni lagi penting untuk jangka hayat hangpa bila dah ada keluarga nanti instead of belajar make up sanggup pi make up class bagai. Buang duit oi.

3. Belajar banyak2 pasal hal rumah tangga. Tak pun, kalau balik rumah tu belajar masak ngan mak. Bukan tunggu sebulan lagi nak masak baru nak kenal2 ngan lengkuas, halia, bawang holland semua tu. Sepatutnya bab2 masak ni semua dah mahir sejak kat u lagi tau. Malu oi dah kawin laki suruh masak hang masih tgk tutorial utube.

4. Haa ni lagi satu, hangpa takyah banyak sangat update pasal diri hangpa ni rajin ka, tengah masak apa, dah kemas rumah, semata2 nak ada mana2 laki pm hang nak masuk minang. Takyah eh takyah. Nampak annoying.

5. Ok lah ni last, kalau nak tahu hidup lepas kawin ni macam mana, aku citer macam cuaca kat luar negara tu ada 4 musim tapi bab rumah tangga ni mcm2 musim kau akan hadapi. Musim masam muka, musim bahagia gila, musim kecik hati, musim gaduh benda kecik, musim mengungkit, musim tak reti syukur dan lain2 musim. So benda apa kau kena buat? Kau balancekan emosi kau. Perbaiki leklok perangai dan emosi. Kalau jenis cepat merajuk, ubah cepat2. Kalau jenis takleh dengar cakap, ubah cepat2 sbb suami tak suka pompuan tk dengar ckp. Dan byk lagi ya kena improve.

So bersedialah sebaiknya sebelum nak nikah. Nikah bukan sebab nak lumba2 laki sapa paling sweet, sapa paling banyak baju sedondon. Alahaii..

– mak2

Via : IIUM Confessions