Cara Aku ‘Deal’ Dengan Kawan Pengotor

Memandangkan banyak confessions yang aku baca berkaitan dengan housemate pengotor ni, aku pun nak jugak lah share pengalaman aku handle spesies manusia macam ni. Aku bukan student or ex student iium. Ex student u lain. Tapi yang pasti, aku pembaca tak selalu setia page ni. Time free je aku setia.

Ok berbalik pada kes housemate ni, sebelum ni aku pernah duduk menyewa bilik kat KL. Time tu aku baru habis study so sementara tunggu grad plan nak kerja la kejap cari pengalaman. So dapat satu bilik ni. Total dalam rumah ada dalam 4 orang. Rumah apartment 3 bilik. And aku sorang je yang lain dari yang lain sebab aku sorang je kerja office hour. Yang lain semua shift. Means, aku cuti sabtu ahad and yang lain-lain rotation.

Kat dalam rumah tu aku yang paling muda. So aku expect hakak hakak kat rumah tu matang matang belaka. Tapi ya ampun! Ada la sorang hakak ni yang suka sepahkan ‘used pad’. Suka bela lipas dalam mug sebab lepas minum main taruk kat bawah meja/kerusi. Towel bau tangki najis tapi boleh pulak dibiar berkibar kat tempat jemur baju yang dah dibasuh. Hakak yang lain yang lagi lama duduk dengan dia tu pun tak berani nak tegur. Kemonn!!

Ikutkan hati nak je keluar dari rumah tu sebab Senah tertipu! Ingatkan rumah cantik bersih suci murni sebab ada peraturan bagai. Nan hadoo! Tapi bila fikir duit pun nan hadoo so stay lah dulu. Kalau dia keluar dating kemain wangi oii! Duit berkepuk tapi tak reti manage diri. Umur pun dah 3 series. Dah la smoke. Tapi start aku duduk situ dia takkan smoke dalam rumah. Aku tipu aku ada asma. Tapi tak asma pun boleh jadi asma kalau dah sehari dua kotak. Dia telan asap dia takpe la jugak.

So tahu apa aku buat kat hakak cantik luar rumah tapi busuk dalam rumah ni? Haaaaa! Kalau aku jumpa ‘used pad’ dalam toilet, aku ambik pakai penyepit baju tu pastu letak depan pintu bilik dia. Padan la muka siapa yang terpijak. Aku tau lah dia punya sebab setiap kali period confirm mintak pad kat kitorang! Kalau jumpa mug or pinggan tak basuh, aku letak depan tv sekali dengan milo perisa lipas kat dalam mug tu. Nak termuntah aku! Kalau jumpa spender sepah, aku gantung kat tingkap pastu ada sticky note, “sotong kering untuk dilelong. Aku tahu siapa punya. Jangan sampai aku post kat boyfriend kau”. Seriously uollss, aku siap beli disposable glove untuk menjalankan misi aku.

Selain dari tu, kalau toilet dia tak cuci (kitorang cuci ikut jadual) aku akan volunteer jadi tukang cuci tapi cuci pakai shampoo dia sampai tinggal suku botol. Pastu kalau jemur baju tak reti nak angkat, aku akan jemur kain lap yang basah atas baju dia yang dah kering kejung tu. Apa lagi ek? Haaa kalau barang makanan dalam fridge or dapur, aku akan letak labels contoh macam “ubat gugurkan kandungan”, “ubat kuat skandal aku” “kepala kambing”, “whiskas homemade”, “air penawar buasir”. “siapa makan tanpa izin, mak ko ijoo”. Mujarab woihh! Dia tak sentuh pun. Tau pulak geli! Lagipun aku pakai bekas yang tak transparent.

Banyak lagi kerja kejam yang aku buat kat hakak tu. Yes aku tahu aku baru je duduk ngan dorang tapi sampai bila dorang nak hidup macam tu? Dah la memasing dah tua. At least aku ajar dorang sebelum dorang kahwin. Lagipun aku dah bayar sewa so aku ada hak lah kan? Dah cakap bebel taknak dengar so kena pakai cara kejam la. Tapi berkat kekejaman aku, perangai dia slowly berubah. Takde dah mug/pinggan kotor kat sinki. Toilet pun dorang siap beli yg air freshener lagi. Tong sampah pun macam baru beli. Nama aku pun dari Senah jadi Rosmah. Ehh bukan Rosmah, Mak Tiri.

Yang penting hati mau keras beb. Mula2 memang dia marah and protes siap sindir2. Aku sound je terus, “kitorang nak duduk ngan manusia. Bukan tikus”. Nasib baik hakak2 yang elok perangai nak back up aku. Dorang pun penat dengan perangai hakak tu. Umur dah 3 series tp berkerak. Tu yang malas nak layan dah. Tapi takkan sanggup duduk serumah dengan pengotor macam tu? Bukan kita yang kena keluar dari rumah tu. Pengotor2 sekalian alam yang kena keluar. Pergi la buat page fb persatuan housemate pengotor. Boleh cari partner sama2 ternak tikus.

Aku just share pengalaman aku je. Memang kejam and annoying. Tapi sampai bila??? Kadang2 manusia ni kau kena ajar dia baru nak sedar. Kalau kau tak kisah kau yang sakit hati kan? Takkan kau nak jadi baik sorang2. Teringat ayat confessor, “kau nak masuk syurga sorang2 ke?” Jadi baik pun beringat lah. Kau mengadu mengeluh tapi tak ambik tindakan tak guna. Yes memang ada housemate yang hati kering tak makan saman. Kau bakorr je dia tu. Senang! Ehh gurau je! Tak payah jaga hati orang kalau hati sendiri terluka. Sayaaaanggg aku kau lukaaa

– Senah

Via : IIUM