Tanda-Tanda Kamu Seorang Yang Matang

Aku tak kuat !!
aku tak tahan lagi dengan rasa di kongkong !
Mak ayah aku tak faham aku !!

Itulah mesej yang pernah di hantar kepada acik pada 2012 semasa itu Azman berada di tingkatan 5,setelah 3 tahun Azman kembali mesej dengan kelainan.

Acik betul sekali apa yang nasihat aku dulu, dulu aku terlalu ikut amarah aku. Terlalu ikut emosi aku untuk mendapatkan dan melakukan apa yang aku nak. Untuk mencari cinta sejati , tak mahu di konkong dan mahukan kebebasan untuk melakukan keputusan. Tapi bila sekarang nie baru aku tahu rupanya aku salah dan masa mematangkan aku.

Okay bercerita soal matang ianya tidak mengira umur. Ada yang dah berumur tetapi peragai macam budak -budak dan tetapi ada yang umurnya muda tetapi dia lebih matang dalam membuat keputusan.

Apa itu Matang ?

Mengikut kamus dewan, matang membawa maksud sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran.

Maksud di dalam kamus dewan terlalu umum.

Ketahuilah wahai sahabatku sekalian, sebagai orang Islam kita perlulah membuat penambahan bagi maksud matang kepada: orang yang matang ialah orang yang mampu berfikir yang mana baik dan buruk untuk di lakukan berlandaskan Islam.

Image may contain: one or more people and text

Antara tanda kamu matang adalah :

Pertama : Kamu boleh mengawal amarah kamu

Maksudnya kalau dulu orang cakap sikit, orang tegur dah melenting. Rasa tak boleh terima langsung apa yang orang kata. Tetapi sekarang apabila ada orang beremosi kamu lebih tenang dari dia dan menjadi “cool down” dan boleh di bawa berbincang. Mengawal amarah dan ego itu adalah pekara berbeza ye.

Kedua : Kamu tidak terburu-buru bila dengar satu pekara.

Contoh bila kawan kamu bagitahu , ” Zal kau tahu Zali yang curi buku kau  !! ” Dengan tanpa berfikir kau serang dia !! .Kalau kamu matang tentunya kamu tidak akan mudah untuk mendengar khabar angin dan cakap-cakap orang tanpa asal usul dan bukti yang kukuh. Kamu dapat tangani dengan tenang dan cuba bawa berbincang.

Ketiga : Belajar Dari Pengalaman

Seseorang itu kadang kala matang berdasarkan pengalaman yang lepas. Sebelum ini mungkin dia seorang yang “childish ” tetapi lepas pemergiaan ibu bapanya menjadikan dia seorang lelaki lebih berdikari dan matang dalam sesebuah keputusan.

Keempat : Boleh mengawal Nafsu

Nafsu itu dalam bentuk pelbagai , nafsu membeli belah , nafsu makan dan nafsu -nafsu lain. Contoh kamu dah ada duit nak beli iphone 6 tetapi pada masa yang sama mesin basuh kat rumah rosak. Mana yang akan kamu jadikan priority ? Jika bijak memilih membuktikan kamu seorang yang matang.

Kelima : Tunjukkan kasih sayang

Seorang yang matang dapat terjemahan rasa sayang melalui “body language ” , perilaku , perkataan dan perbuatan. Kiranya pandai menghargai orang yang dia sayang.

Keenam : Dia mempunyai sikap adil dan amanah

Apabila seorang itu matang pasti tindakannya mestilah adil. Jika di berikan amanah pastinya dia akan di lakukan dengan sebaik mungkin kerana ianya menjadi kewajipannya. Tindakan pastinya tidak terburu-buru dalam melakukan tindakannya.

Ketujuh : Tidak cepat melatah apabila di kritik dan makan di puji

Apabila orang menegur kesilapan kita dan mengatakan tidak suka kerja kita,  kita cepat  tidak ambil hati dan tidak  cepat terasa hati. Kita cuma ambil dia sebagai satu semangat di sudut yang positif. Apabila di puji kita tidak cepat termakan dan anggap itu sebagai kekuatan untuk terus berjaya.

Kelapan : Bercakap bila perlu

Matang itu menjadikan seseorang itu lebih berhati-hati ketika berbicara. Bicaranya untuk pekara yang perlu dan tidak pekara yang remeh temeh dan di jadikan permasalahan

Kesembilan : Mengikut situasi dan keadaan

Kadang itu ada juga matang dalam beberapa keadaan dan situasi. Yelah kadang tu bukan semua pekara kita matang. Tidaklah sentiasa serious 24 jam.

Ini apa hasil pemerhatian acik terhadap orang sekeliling, matang itu bergantung kepada diri kamu. tentunya ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Jadi ianya terpulang pada kamu dan ini sekadarnya. Jadilah seseorang yang matang dalam kehidupan dan mencari keredhaan dari Ilahi.

 

 

Sumber: Aku Penghibur